Thursday, June 25, 2009

Amah diberkas lepas disyaki dera bayi majikan!!

Seorang amah Indonesia diberkas polis kerana disyaki mendera bayi lelaki majikannya yang berusia dua bulan setelah videonye menendang bayi itu di paparkan dalam Internet di laman YouTube oleh ibu bapanya.

Amah berusia 20-an tahun itu dibebaskan dengan ikat jamin setelah disoal siasat polis.

Siasatan ke atasnya masih diteruskan.

Ibu bapa bayi itu telah memasang sistem televisyen litar tutup (CCTV) baru-baru ini di rumah mereka di Paya Lebar Crescent.

Mereka membuat laporan polis pada 26 Januari lalu dan telah memaparkan rakaman video itu di YouTube.

Sejauh ini, rakaman itu telah menarik perhatian seramai 36, 000 pengunjung. Seorang warga Internet yang dikenali sebagai PrincessJuly83 memberi ulasan:

“Saya amat marah menyaksikan video ini. Bagaimanakah seorang amah boleh melakukan perkara sedemikian? Saya ibu dua anak dan tahu bagaimana sakitnya hati melihat anak anda diperlakukan sedemikian.

“Saya harap bayi itu sihat tanpa kecederaan dalaman atau luaran.”

Majikan amah itu berkata mereka memutuskan untuk memasang CCTV setelah melihat laporan tentang amah didakwa di mahkamah kerana mendera anak majikan.

Mereka terkejut apabila melihat amah mereka sendiri melakukan perbuatan sedemikian. Menurut mereka, amah itu amat sopan dan lemah lembut apabila berada di depan mereka.

“Kami tidak menyangka dia akan berlaku kasar tehadap anak kami,” ujar majikan yang hanya mahu dikenali sebagai Cik Wong itu, di internet.

Beliau memutuskan untuk memaparkannya di Internet supaya dilihat oleh ibu bapa lain agar lebih berwaspada terhadap amah yang menjaga anak mereka di rumah.

Sila rujuk pada rakaman video tersebut di bawah:

Maid abused baby 1

Maid abused baby 2

Maid abused baby 3

Maid abused baby 4

Maid abused baby 5

Maid abused baby 6