Thursday, June 25, 2009


Seorang pakar yang bijak, Joe Morton dan krunya telah pun mengkaji khasiat dalam kulit buah manggis (mangosteen). Ia hanya air juice minuman tambahan. Walaupun anda hanya perlu meminumnya sedikit sahaja setiap hari sudah cukup memadai. Dengan izin ALLAH, ia telah pun membuktikan bahawa Xango adalah ubat yang mujarab untuk pelbagai penyakit. Saya adalah salah satu penggunanya di mana saya seringkali menghidapi penyakit pening kepala yang luar biasa. Saya fikirkan solusi yang paling terbaik dengan membeli kaca mata yang baru. Al-maklumlah saya ni ada sedikit ungkalnya. Kaca mata kononnya akan menaikkan degree pada penglihatan saya. Kalau diikutkan akal ni memang suka memikir yang bukan-bukan. Mama saya amat risau melihat keadaan saya. Ini kerana setiap kali sakit kepala saya datang, saya pasti berkata, “Aduuuhhh!” Dan seterusnya saya mengeluh kerana tidak dapat menahan sakit denyut itu. Ia datang secara tiba-tiba. Mama pula sering mengatakan yang saya ni mungkin terlalu banyak berfikir. Suruh saya discan takut melarat atau mungkin ada tumour? Hati saya pun semakin berdebaran. Dan ditakdirkan ALLAH, makcik saya pun datang ke rumah membawa berita gembira yang menarik perhatian saya. Iaitu Xango! Produk yang sangat laris dijual di dunia. Dan ia telah pun diexport ke negeri Australia, Canada, Germany, Hong Kong, Japan, Malaysia, Mexico, Philippines, Singapore, Sweden, United Kingdom dan juga Taiwan.