Thursday, June 25, 2009

SITI MARYAM ANAK PEREMPUAN IMRAN

Ayah Sayyidah Maryam bernama Imran. Sedang ibunya bernama Hannah binti Faqudz.

Hannah adalah seorang wanita yang sudah lama tidak mempunyai anak. Pada suatu hari ia bermimpi melihat burung yang memberi makan anaknya dengan meletakkan makanan tersebut kepada seorang anak perempuan kecil. Dari sebab itulah dia berkeinginan sekali dan selalu berharap untuk mempunyai anak.

Dia selalu saja memohon kepada ALLAH untuk dikaruniai anak. Dan ALLAH pun mengabulkan doanya itu. Pada suatu saat suaminya menyetubuhinya dan akhirnya dia mengandung.

Setelah benar-benar dia merasa hamil, maka dia bernadzar iaitu anak yang dikandungnya nanti akan dibiarkan sepenuhnya untuk beribadah dan mengurusi Baitul Maqdis.

Ketika waktu melahirkan tiba, maka lahirlah sang jabang bayi yang ternyata yang lahir adalah seorang wanita. Mendapati hal ini, dia sangat murung dan bersedih hati seraya berkata dalam hatinya,

''Ya ALLAH, aku melahirkan anak perempuan. Dan Engkau lebih mengetahui tentang keadaan seorang perempuan. Akan tetapi, aku yakin bahawa ALLAH dalam menciptakan makhluk-NYA mempunyai tujuan tersendiri.''

Setelah itu Hannah lantas memintakan perlindungan puterinya dan keturunannya kepada ALLAH dari syaitan yang terkutuk dan menamakannya dengan Maryam. Dan ALLAH pun mengabulkan doa Hannah ini.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu bahawasanya dia berkata,

''Rasulullah bersabda, ‘Tidaklah setiap anak yang baru dilahirkan pastilah telah diperas syaitan dengan satu kali perasan atau pun dua kali perasan kecuali Isa bin Maryam dan Maryam (ibunya).''
(HR. Muslim)

Rasulullah lalu membacakan firman ALLAH,

''Dan aku mohon perlindungan untuknya serta anak-anak keturunannya kepada (pemeliharaan) Engkau daripada syaitan yang terkutuk.” (Ali Imran: 36)''

ALLAH menerima nadzar Hannah sehingga puterinya tumbuh dan berkembang menjadi anak yang baik. ALLAH juga menjadikannya seorang wanita yang berparas cantik dan indah sedap dipandang mata. Maryam dijadikan ALLAH menjadi anak yang mudah menerima orang-orang soleh yang dari mereka ini dia belajar ilmu-ilmu agama dan tentang seputar kebaikan. Zakariya adalah orang yang selanjutnya mengasuh si kecil Maryam.

Ibnu Ishaq berkata,

''Dia diasuh oleh Zakariya kerana dia adalah seorang anak yatim. Akan tetapi satu pendapat mengatakan alasan dia diashur Zakariya adalah, kerana pada saat itu satu tahun penuh Bani Israel dilanda bencana penyakit menular. Oleh kerana itu, Maryam lantas dititipkan orang tuanya untuk diasuh oleh Zakariya. Dan antara dua pendapat ini tidaklah saling bertentangan. Wallahu a’lam. (Ringkasan Ibnu Katsir, Juz I, halaman 347.)''


Zakariya adalah suami dari bibi Maryam, dan ada yang mengatakan bahawa Zakariya adalah suami saudara perempuan ibunya Maryam sebagaimana hal ini disebutkan dalam satu riwayat yang shahih Yahya dan Isa adalah dua anak dari dua bersaudara. - HR. Al-Bukhari, dalam Al-Manaqib, 3887.

Maryam adalah seorang yang sangat tekun beribadah. Dan setiap Zakariya memasuki tempat khusus Maryam untuk beribadah, maka Zakariya kehairanan kerana mendapati makanan dan rezeki yang melimpah di sisinya.

Mujahid, Ikrimah, Said bin Jubair dan yang lain mengatakan,

''Zakariya menemukan di dalam tempat khusus ibadah Maryam buah-buahan yang seharusnya berbuah di musim panas di musim dingin, dan menemukan buah-buahan musim dingin di musim panas.''

Setelah Zakariya mendapati kejadian aneh tersebut, dia bertanya kepada Maryam,

''Dari mana engkau dapati buah-buahan ini?''


Maryam menjawab,

''Dari ALLAH. Kerana bahawasanya ALLAH memberikan rezeki kepada orang yang dikehendaki-NYA dengan tanpa hisab (hitungan).”

ALLAH berfirman,
Sesungguhnya ALLAH telah memilih Adam, Nuh, keluarga Ibrahim dan keluarga Imran melebihi segala umat (di masa mereka masing-masing), (sebagai) satu keturunan yang sebahagiannya (keturunan) dari yang lain. Dan ALLAH Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Ingatlah), ketika isteri Imran berkata,

“Ya Tuhanku, sesungguhnya aku menadzarkan kepada Engkau anak yang dalam kandunganku menjadi hamba yang soleh dan berkhidmat (di Baitul Maqdis). Kerana itu terimalah (nadzar) itu daripadaku. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Maka tatkala isteri Imran melahirkan anaknya, dia pun berkata,

“Ya Tuhanku, sesungguhnya aku melahirkannya seorang anak perempuan; dan ALLAH lebih mengetahui apa yang dilahirkannya itu; dan anak lelaki tidaklah seperti anak perempuan. Sesungguhnya aku telah menamai dia Maryam dan aku mohon perlindungan untuknya serta anak-anak keturunannya kepada (pemeliharaan) Engkau daripada syaitan yang terkutuk.”

Maka Tuhannya menerimanya (sebagai nadzar) dengan penerimaan yang baik, dan mendidiknya dengan pendidikan yang baik dan ALLAH menjadikan Zakariya pemeliharanya. Setiap Zakariya masuk untuk menemui Maryam di mihrab, dia dapati makanan di sisinya. Zakariya berkata,

“Hai Maryam dari mana kamu memperoleh (makanan) ini?”

Maryam menjawab,

''Makanan itu dari sisi ALLAH.”

Sesungguhnya ALLAH memberi rezeki kepada siapa yang dikehendaki-NYA tanpa hisab. (Ali Imran: 33-37)



Ketika Zakariya melihat Maryam dan segala kebaikan dan ketaqwaan dan bahawasanya ALLAH memberikan rezeki kepadanya dengan rezeki yang baik dan bahkan sampai di luar kewajaran, maka sekarang Zakariya mempunyai hasrat dan keinginan untuk mendapatkan rahmat dan kemuliaan ALLAH iaitu agar ALLAH memberikan rezeki kepadanya berupa anak. Meski dia adalah seorang yang sudah tua sedang isterinya adalah seorang wanita yang mandul.

Zakariya tidak pernah menyerah dan berputus asa untuk meminta rahmat dan keagungan ALLAH. Dia selalu berdoa kepada Tuhannya untuk diberikan keturunan. Dia bermunajat kepada ALLAH dan suara lirih berdoa kepada ALLAH sebagaimana disebutkan dalam firman ALLAH,


Di sanalah Zakariya mendoa kepada Tuhannya seraya berkata.

“Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa.”

Kemudian Malaikat (Jibril) memanggil Zakariya, sedang dia berdiri melakukan sholat mihrab, (katanya),

“Sesungguhnya ALLAH mengembirakan kamu dengan kelahiran (seorang puteramu) Yahya, yang membenarkan kalimat (yang datang) dari ALLAH, menjadi ikutan, menahan diri (dari hawa nafsu) dan seorang Nabi termasuk keturunan orang-orang soleh.” (Ali Imran: 38-39)

ALLAH mengabulkan doa Zakariya ini dan menganugerahinya seorang anak yang kelak akan menjadi Nabi iaitu Yahya Alayhissallam.

Mari kita lanjutkan kisah Maryam. ALLAH berfirman,


Dan (ingatlah) ketika Malaikat (Jibril) berkata,

“Hai Maryam, sesungguhnya ALLAH telah memilih kamu, mensucikan kamu dan melebihkan kamu atas segala wanita di dunia (yang semasa dengan kamu). Hai Maryam, taatlah kepada Tuhanmu, sujud dan ruku’lah bersama orang-orang yang ruku’. Yang demikian itu adalah sebahagian dari berita-berita ghaib yang Kami wahyukan kepada kamu (ya Muhammad); padahal kamu tidak hadir berserta mereka, ketika mereka melemparkan anak-anak panah mereka (untuk mengundi) siapa di antara mereka yang akan memelihara Maryam. Dan kamu tidak hadir di sisi mereka ketika mereka bersengketa.” (Ali Imran: 42-44)


Malaikat memberikan khabar gembira kepada Maryam bahawasanya ALLAH telah mengistimewakannya dan menjadikannya sebagai orang pilihan, kerana banyaknya dia beribadah dan berzuhud. ALLAH juga memuliakan dan menyucikannya dibanding dengan wanita-wanita yang lain di seluruh jagad ini.

Hal ini sesuai dengan sabda Rasulullah Sallallahu Alayhi wa Sallam,


Sebaik-baik wanita di muka bumi ini adalah Maryam binti Imran dan sebaik-baik wanita di muka bumi ini adalah Khadijah binti Khuwalid. (HR. Al-Bukhari & Muslim dalam Ash-Shahihain)


Mujahid berkata,

Kerana terlalu lamanya Maryam dalam berdiri beribadah, sehingga tumitnya membengkak. Dan bahawasanya ibu Maryam itu Hannah binti Faqudz ketika membawa sang bayi Maryam dalam gendongannya menuju ke masjid dan menyerahkannya kepada para rahib di Baitul Maqdis sebagai penjaga dan pemeliharaanya, maka sang ibu berkata,

“Ini anak langkaku aku serahkan kepada kalian.”

Maka rahib tersebut berebut untuk dapat mengasuh dan menjadi orang tua asuh Maryam kerana Maryam adalah anak dari imam mereka, iaitu Imran yang menjadi imam mereka di saat sholat.

Kerana mereka berebut untuk mendapatkan hak asuh Maryam, maka diadakanlah undian, dan ternyata yang keluar undian untuk mengasuh Maryam adalah Zakariya. - Ath-Thabari, 6/351.


Oleh kerana itu, Maryam tumbuh dewasa di bawah asuhan Zakariya. Maryam berkembang di lingkungan Baitul Maqdis sehingga dia menjadi seorang yang zuhud dan taat beribadah kepada Tuhannya.

Siang malam dia gunakan untuk mendekatkan diri kepada Tuhannya sehingga tumitnya membengkak.

Suatu saat, malaikat datang kepada Maryam dengan membawa berita gembira bahawa kelak akan lahir dari rahimnya seorang anak yang sangat istimewa. Anak tersebut akan lahir dengan Kalimatullah, iaitu sekiranya ALLAH berkata langsung kepada sang janin,

KISAH SETERUSNYA SILA LAYARI
http://www.rediesh.com/the-great-women/siti-maryam-anak-perempuan-imran#more-591